“Bukan pertama kali berlaku…” Bertahun siasat tapi tindakannya ‘kelaut’

“Bukan pertama kali berlaku…” Bertahun siasat tapi tindakannya ‘kelaut’.

Mengimbau kembali tragedi kepala air dan banjir lumpur di Baling pada Isnin, rupanya ia bukan pertama kali berlaku tetapi kali ini kejadiannya dianggap terburuk.

Selain menyaksikan kerosakan harta benda di 11 kampung di daerah itu, ada juga mangsa yang kehilangan ahli keluarga mereka.

 

"Bukan pertama kali berlaku..." Bertahun siasat tapi tindakannya 'kelaut'

"Bukan pertama kali berlaku..." Bertahun siasat tapi tindakannya 'kelaut'

Menurut sumber Sinar Harian, sudah bertahun-tahun siasatan dibuat, namun sehingga setakat ini masih tiada tindakan penguatkuasaan terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti penerokaan ini.

Kata Pakar Geologi iaitu Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, kerajaan perlu mengambil iktibar dengan tragedi-tragedi yang berlaku sebelum ini.

Beliau menyarankan penerokaan bukit di kawasan berisiko seluruh negara perlu dihentikan buat sementara waktu sehingga kajian secara bebas dilakukan oleh golongan profesional.

"Bukan pertama kali berlaku..." Bertahun siasat tapi tindakannya 'kelaut'

"Bukan pertama kali berlaku..." Bertahun siasat tapi tindakannya 'kelaut'

Justeru itu, kerajaan sudah tidak boleh memandang ringan lagi berhubung permasalahan yang berskala besar seperti ini.

Meskipun pelbagai bantuan diberikan kepada mangsa-mangsa terjejas, namun bagaimana pula ingin mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kebolehan kerajaan bagi menangani masalah tak berkesudahan ini?

"Bukan pertama kali berlaku..." Bertahun siasat tapi tindakannya 'kelaut'

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*