BONGKAR | Kontraktor berlapis-lapis punca kos LCS naik 3 kali ganda. Projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) naik tiga kali ganda kerana kontrak itu dibuat secara berlapis-lapis daripada kerajaan Malaysia kepada Boustead Naval Shipyard (BNS), kata PKR.
BNS kemudian melantik subkontraktor Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) yang kemudian melantik pula kepada Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) dan seterusnya syarikat Perancis DCNS.
Katanya, siasatan menunjukkan dua pakej yang dimuktamadkan pada harga RM1.185 bilion dengan kerajaan Malaysia, sedangkan surat lantikan dari CED (subkontraktor lapis kedua) kepada DCNS meletakkan kos sebanyak RM397 juta sahaja.
“Maknanya, bagi kerja-kerja yang akan diinvois oleh DCNS kepada CED sebanyak RM397 juta, tuntutan dari sub-kontraktor CED dan CAD kepada lerajaan Malaysia (melalui BNS) adalah tiga kali ganda lebih mahal,” katanya.
Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu mendedahkan kerajaan sudah membayar RM6 bilion walaupun tiada satu pun kapal yang siap.
Laporan itu juga mengatakan pandangan panglima tentera laut sebagai penguna akhir kapal itu tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan kontraktor utama BNS.
Sementara itu, Rafizi justeru menyindir bahawa kanak-kanak pun boleh membuat kesimpulan ada “tangan ghaib” yang menyusun kontrak perbekalan hingga “mengambil komisen 200 peratus dari kos yang dicaj DCNS”.
Turut baca
Leave a Reply