“Benda boleh bincang kenapa nak maki…” Security’ mengamuk tengking media di UTC.
Sejak semalam, kecoh di laman Twitter akan sebuah video menyaksikan kekecohan yang berlaku di luar pejabat Imigresen melibatkan pengawal keselamatan (security) dan pihak media.
Dalam paparan berdurasi 1 minit itu, memperlihatkan tindakan ‘security’ bertugas mengamuk dan meninggikan suaranya terhadap pihak media yang ingin membuat tinjaun.
Di fahamkan, tinjauan dibuat bagi mengenal pasti punca pengurusan di sana perlahan sehingga orang ramai mengambil waktu yang lama beratur menunggu giliran.
JUST IN
Two reporters from The Vibes were subjected to a barrage of verbal intimidation and threats at the @imigresenmy office in UTC Pudu today.
The guard is heard yelling “This is UTC! Do you understand?! Get out!” despite the reporters identifying themselves as media. pic.twitter.com/IIGTFJBxYG
— TheVibes.com (@thevibesnews) May 14, 2022
Walau bagaimanapun, pihaknya dihalau selain diugut untuk memanggil polis sekiranya mereka tidak beredar dalam kiraan 5 saat.
“Awak perlu ada keizinan untuk berada di sini, ini UTC, faham tak?”
“Tinggalkan tempat ni sekarang sebelum saya panggil polis.”
Bukan itu sahaja, ‘security’ berkenaan juga dilaporkan telah merampas telefon bimbit salah seorang petugas media secara paksa selepas mendapati aksi amukannya dirakam.
Pelbagai respon warganet berhubung insiden yang berlaku selain menitip teguran terhadap etika pengawal keselamatan terbabit.
Menurut mereka, tindakannya berbuat demikian seperti mengundang musibah untuk diri sendiri selepas melihat caranya mengawal situasi itu yang sebenarnya boleh dibawa bincang.
Turut baca
Leave a Reply