Bekas Setiausaha Politik Saifuddin fitnah Anwar beli helikopter baharu

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Saifudin Abdullah, Mujahidin Zulkifli telah memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa beliau telah membeli sebuah helikopter baharu.

Bekas Setiausaha Politik kepada Saifuddin ketika menjadi Menteri Luar dan Pegawai Khas ketika beliau menjadi Menteri Komunikasi itu mendakwa helikopter baharu dibeli untuk kegunaan PM Anwar.

“Ok pembelian helicopter untuk kegunaan PMX ni Abam sokong. Memang lebih bagus (cepat sampai destinasi) berbanding Mercedes.

“Walaupun harga berpuluh juta, masa adalah komoditi yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,” tulis Mujahidin menyindir PM Anwar yang sentiasa bercakap soal penjimatan wang negara.

Bagaimanapun, Mujahidin telah tidak lagi mengaktifkan Facebook beliau selepas diserang oleh netizen mengenainya.

Siasatan mendapati, Helikopter bernombor pendaftaran 9M-JPM ini dibeli ketika pentadbiran Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

Helikopter jenis Agusta Westland AW139 di beli antara tahun 2020 – 2021 dan tiba di Malaysia dan mula dijejaki di langit sejak September 2021 lagi.

Anwar mula menjadi PM pada November 2022, iaitu lebih setahun selepas helikopter ini dibeli.

Ketika mula menjadi PM, Anwar sempat menolak untuk menggunakan sebuah kereta Mercedes kalih peluru yang telah dibeli tetapi belum digunakan lagi oleh mana-mana PM. Ekoran itu, Anwar telah mencadangkan, kereta Mercedes bernilai hampir RM2 juta ini dikembalikan kepada pembekalnya.

Namun helikopter 9M-JPM telah digunapakai oleh Jabatan Perdana Menteri untuk kegunaan VVIP sejak tahun 2021 lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*