Bekas penyampai radio (DJ), Ismahalil Hamzah memberitahu dia bersyukur kerana hajatnya untuk menjadi wali kepada anak sulung perempuannya iaitu Saidatul Nadia akhirnya tercapai.
Selain hajatnya menjadi wali termakbul, Ismahalil, 50, berkata dia juga dapat juga bertemu dengan ibunya Salbiah Mat Noor ,88, yang sedang sakit.
“Anak saya nak bernikah pada bulan 10 (Oktober)….Jadi alhamdulilah saya dapat jadi wali pada majlis pernikahan dia nanti. Mak saya sedang sakit dan saya nak berjumpa dengan dia dulu nanti,” katanya ketika ditemui selepas dilepas dan dibebaskan.
Dalam pada itu Ismahalil turut memberitahu dia juga bakal berkongsi cerita pengalaman suka duka sepanjang dua tahun sebagai tahanan di penjara Sungai Buloh.
“Sepanjang dua tahun ni banyak berikan pengajaran buat saya, banyak yang saya belajar dan tak mungkin untuk saya bercakap sekarang dalam tempoh yang singkat. Bagi saya sedikit masa lagi dan saya akan kongsikan kepada semua tentang apa yang saya lalui dalam penjara itu.
Sementara itu anak perempuan sulungnya iaitu Saidatul Nadiah, 27, ketika ditemui pula berkata dengan pembebasan ayahnya hari ini merupakan hadiah bermaknya buatnya.
“Ini hadiah bermakna buat saya sebab saya bakal berkahwin tak lama lagi,” jelasnya.
Terdahulu, Ismahalil menangis dan membuat sujud syukur selepas Mahkamah Tinggi di sini dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mengedar dadah dua tahun lalu.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap pengasas `Bapakku FM’ itu selepas pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui.
Mengikut pertuduhan, Ismahalil, 50, didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.
Berikutan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Sepanjang prosiding perbicaraan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Ismahalil diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli.
Leave a Reply