Majlis kahwin adalah salah satu impian bagi setiap wanita untuk meraikan dirinya dan pasangan, maka tidak pelika jika banyak wang dihabiskan untuk majlis sekali seumur hidup itu.
Tambahan pula kos untuk majlis perkahwinan kini semakin tinggi, ditambah pula faktor kemelesetan ekonomi yang bakal melanda seluruh dunia.
Namun tindakan lelaki ini membatalkan perkahwinan dua hari sebelum majlis menyebabkan bekas tunang bertindak menyaman dirinya.
Wanita dari Probolinggo, wilayah Jawa Timur menyaman bekas tunang sebanyak tiga bilion rupiah (RM853,498) lapor laman berita Okezone kelmarin.
Wanita yang mahu dikenali sebagai APN, 20, mengemukakan tuntutan saman tersebut terhadap bekas tunangnya, AS, 23 kerana melanggar perjanjian.
Menurut maklumat, saman tersebut dikemukakan kerana keluarga APN perlu menanggung kerugian yang besar akibat terpaksa membatalkan majlis perkahwinan.
Kerugian tersebut adalah dalam bentuk material iaitu persiapan kelengkapan majlis termasuk sewa dewan, cenderahati untuk tetamu, dekorasi, jurugambar, jurusolek dan undangan.
Bukan hanya menuntut kerugian wang, APN juga mengaku pernah terlanjur sebelum ini dengan pasangannya itu.
Perbicaraan bagi kes tersebut masih berlangsung di Mahkamah Negeri Kelas II Probolinggo.
Leave a Reply