Jalan cerita kisah Arif Aiman ini sebenarnya telah digambarkan ketika video pengenalan Jersi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2022.
Mengisahkan bagaimana kehidupan seharian Arif Aiman dikelilingi toksid dan golongan skeptikal yang sering memperlekehkan saiz fizikal, kebolehan, sehingga merendah-rendahkan kemampuan beliau.
Segalanya semakin parah apabila Akademi Mokhtar Dahari (AMD) juga turut mengetepikan Arif Aiman sehingga mengambil tindakan membuang beliau pada tahun 2017. Kesan dari tindakan itu juga hampir-hampir mampu memusnahkan keyakinan dan karier beliau pada usia semuda itu.
Tidak lama selepas itu, pada tahun 2018, kisah sedih dalam karier beliau kelihatan berakhir apabila membuat tindakan yang tepat apabila memilih Akademi JDT sebagai destinasi.
Hasil didikan sempurna, latihan lengkap serta ditambah dengan motivasi, sokongan, perhatian secukupnya yang diberikan oleh DYAM TMJ, sedikit demi sedikit, Arif Aiman berjaya meningkatkan kualiti permainan.
Kemuncaknya dalam hanya beberapa tahun bernaung di JDT, Arif Aiman kini telah tampil sebagai antara ‘WonderKid’ yang paling bernilai dalam Asia.
Sinopsis dari cerita ini, tanpa DYAM TMJ dan JDT, karier Arif Aiman mungkin sudah berakhir. Mungkin selamanya bakat luar biasa beliau tidak dapat dikesan.
Dengan itu, sukacita diingatkan, tiada siapa yang layak mengambil kredit atas pencapaian Arif Aiman pada hari ini melainkan;
JDT dan DYAM Tunku Mahkota Johor.
Yang lain?
Maaf, jangan ada muka untuk sewenang-wenangnya menumpang populariti, kejayaan dan prestasi Arif Aiman pada waktu ini. Anda sepenuhnya tidak layak.
Tolong sedar diri.
Turut baca :
Leave a Reply