Aneh !!! Pemandu disaman RM682 beri laluan kepada ambulans. Seorang pemandu di Britain berang apabila disaman £130 (RM682) kerana menggunakan lorong bas buat seketika bagi memberi laluan kepada sebuah ambulans bulan lepas, lapor akhbar Daily Star semalam.
James Sheridan-Vigor bertanyakan soalan di Facebook sama ada dia perlu membuat rayuan kali kedua untuk membatalkan saman itu selepas permohonan awal ditolak baru-baru ini.
Vigor mendakwa, ambulans itu akan terhalang kerana ada sebuah bas berhenti untuk mengambil penumpang di laluan bas di Walthamstow, timur London semasa kejadian, lapor laman berita MyLondon.
“Walaupun saya membuat rayuan, majlis perbandaran berkata bahawa denda tersebut adalah wajar. Mereka menjelaskan bahawa ambulas dibenarkan menggunakan lorong bas supaya kereta saya tidak menghalang laluannya.
“Bagaimanapun, ketika kejadian, bas itu dalam keadaan berhenti dan ambulans tidak dapat melalui laluannya, ia perlu memotong di sebelah kanan.
“Jadi, saya yang berada di lorong kanan memasuki lorong bas untuk seketika supaya ambulans itu bergerak lancar. Atau kita tidak sepatutnya membantu perkhidmatan kecemasan dengan memberi laluan kepada mereka?,” katanya.
Majlis Perbandaran Waltham Forest kemudian mengaku saman itu telah dikeluarkan secara silap sebelum membatalkannya.
“Kami telah menyiasat insiden ini dan saman tersebut dikeluarkan secara silap. Ia telah dibatalkan. Kami memohon maaf atas kesilapan itu,” kata jurucakap pihak berkuasa itu.
Turut baca :
Leave a Reply