Anak jadi galang ganti langsai hutang ketua kampung. Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang gadis berusia 19 tahun dikahwinkan dengan ketua kampung kerana ibunya gagal membayar hutang, lapor laman berita Suara.com.
Hantaran tiga gambar itu dimuat naik dalam akaun Twitter @tanyakanrl.
Gambar pertama menunjukkan seorang ketua kampung bergambar sambil tersenyum bersebelahan dengan gadis yang berwajah muram dan tidak bermaya.
Dalam gambar kedua, beberapa wanita dipercayai saudara-mara dan keluarga gadis itu turut bergambar bersama-sama.
Seorang pengguna bernama Dewi Shinto mendedahkan perkara sebenar mengenai perkahwinan itu. Menurutnya, ibu gadis itu berhutang dengan ketua kampung tetapi tidak dapat melunaskan bayaran.
“Ketua kampung kemudian mahu mengahwini anaknya supaya hutang dilangsaikan,” kata Dewi.
Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Secara tidak langsung menjual anak,” kata seorang netizen.
“Ternyata drama di televisyen juga berlaku di kehidupan nyata,” komen netizen lain.
Turut baca
Leave a Reply