Alasan sunyi ditinggalkan isteri selama 4 bulan, bapa ‘ratah’ anak sendiri

SEORANG petani ditahan polis kerana melakukan penderaan seksual terhadap anak kandungnya yang berusia dua tahun dan lima tahun.

Kejadian dilaporkan berlaku di Lampung Utara, Indonesia.

Ketua Perhubungan Awam Polis Lampung, Pesuruhjaya Kanan Yuni Iswandari berkata, daripada soal siasat yang dilakukan, suspek mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut atas alasan kesunyian selepas ditinggalkan isteri selama 4 bulan.

“Dia mengaku melakukan kesilapan selepas ditinggalkan isteri selama empat bulan. Dia juga mengaku mengalami masalah ekonomi,” katanya.

Ujarnya, suspek bagaimanapun mengaku melakukan perbuatan itu hanya sekali pada Disember tahun lalu.

Yuni menjelaskan, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa memberitahu keluarganya tentang kejadian yang dialaminya.

“Mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan, kemudian ditanya keluarganya dan mangsa memberitahu dia dipujuk bapanya (suspek) untuk melakukan perbuatan tersebut,” katanya lagi.

Menurutnya, suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Lampung Utara dan didakwa dengan Pasal 82 KUHP 2016 tentang Perlindungan Anak.

“Suspek telah ditahan. Ancaman hukumannya ialah 15 tahun penjara,” katanya lagi. -Agensi

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*