Akibat curang, isteri dipaksa pikul suami berarak keliling kampung

Akibat curang, isteri dipaksa pikul suami berarak keliling kampung.

Seorang wanita di negeri Madhya Pradesh, India dipaksa berarak mengelilingi sebuah kampung sambil memikul suami di atas bahunya sebagai hukuman kerana menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Kejadian berlaku di Kampung Borpadaw selepas suami wanita itu membuat laporan polis setelah isterinya menghilangkan diri selama seminggu.

Akibat curang, isteri dipaksa pikul suami berarak keliling kampung
Suami wanita itu didakwa menarik rambut dan memukul wanita itu selepas perbuatannya diketahui.

Sebaik laporan polis dibuat, salah seorang penduduk kampung tampil mendedahkan bahawa wanita itu sebenarnya sedang bersembunyi di rumah kekasih gelapnya.

Menerusi satu klip video yang tular, wanita itu dilihat menggendong suami di atas bahunya dalam keadaan kesakitan sambil ditertawakan oleh penduduk kampung.

Suami wanita yang tidak didedahkan identitinya itu didakwa memukul, menarik rambut dan menghempas isterinya ke tanah selepas mengetahui hubungan sulit itu.

Setakat ini, sembilan orang ditangkap berhubung kejadian itu, manakala wanita itu telah dihantar pulang ke rumah ibu bapanya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*