Ada pegawai kementerian yang sudah menerima arahan supaya mengosongkan bilik, sekali gus memberi isyarat kemungkinan besar pembubaran Parlimen dalam masa terdekat.
Sumber memberitahu Utusan Malaysia, arahan itu dikeluarkan petang semalam dan kesemua terlibat sudah mula mengosongkan bilik pagi ini.
“Arahan itu dikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) dengan meminta kami semua kemas barang dan kosongkan bilik,” katanya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.
Bagaimanapun, beberapa pegawai kementerian lain yang turut dihubungi menjelaskan, mereka belum mendapat arahan sedemikian, malah program yang dijadual hari ini masih berjalan seperti biasa.
Sejak semalam, tersebar berita mengenai pembubaran Parlimen akan dibuat sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadual pada Jumaat ini.
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 bagi bacaan kali pertama akan dibentang hari ini di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Turut baca :
- Rafizi ikrar dedah ‘kepincangan’ kontrak pertahanan RM854 juta melibatkan PM, Zafrul
- PAS bakal buat pusingan ‘U’, kembali kepada BN, kata sumber
Leave a Reply