Dakwa Tuan Ibrahim lulus projek RM2 billion, Rafizi diperintah fail pembelaan

Mahkamah Tinggi memerintahkan Rafizi Ramli menjawab saman dikemukakan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man susulan dakwaan beliau meluluskan projek bernilai RM2 bilion selepas Parlimen dibubarkan.

Peguam Rafizi, Nik Zarith Nik Moustpha, berkata mahkamah mengarahkan timbalan presiden PKR itu memfailkan pernyataan pembelaan sebelum 28 Dis dalam pengurusan kes, hari ini.

Katanya, Tuan Ibrahim perlu memfailkan jawapan balas, jika ada, menjawab pembelaan Rafizi, sebelum 11 Jan 2023.

Mahkamah menetapkan 25 Jan bagi pengurusan kes seterusnya.

Bulan lalu, Tuan Ibrahim memfailkan saman terhadap Rafizi selepas beliau mendakwa menteri alam sekitar dan air ketika itu dalam proses menganugerahkan projek tebatan banjir RM2 bilion kepada syarikat dikaitkan dengan Umno.

Rafizi mendakwa, projek berkaitan tebatan banjir di Sungai Langat, merupakan kontrak kedua diberikan kepada syarikat sama dalam tempoh enam bulan.

Tuan Ibrahim menafikan dakwaan Rafizi dan mencabarnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau menegaskan kerajaan sementara tidak boleh meluluskan sebarang peruntukan kewangan sebagai mana dalam pekeliling Perbendaharaan.

Dakwa Tuan Ibrahim lulus projek RM2 billion, Rafizi diperintah fail pembelaan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*