{VIDEO} “Tuhan menjawab doaku…” Akhirnya wanita seringkali nangis hamil lepas banyak kali ‘gagal’

“Tuhan menjawab doaku…” Akhirnya wanita seringkali nangis hamil lepas banyak kali ‘gagal’. Seorang wanita tidak dapat tahan menangis apabila mendapat tahu dirinya berjaya hamil lepas banyak kali gagal ujian kehamilan.

Apabila bermulanya fasa berumah tangga, salah satu cabaran yang perlu dihadapi semestinya soalan mengenai anak yang akan ditimbulkan oleh orang lain walau hanya baru beberapa bulan bergelar suami isteri.

Dikategorikan sebagai soalan cepu emas, soalan sensitif itu sering ditanya oleh keluarga, sanak saudara ataupun rakan apabila bertemu. Namun daripada sudut positif, mereka sebenarnya tidak sabar untuk menjadi nenek/atuk dan mak cik/pak cik.

Sebagai ibu, siapa sahaja yang tidak mahu menimang cahaya mata? Pasti ada terselit di hati mengenai kemahuan mempunyai keturunan darah daging sendiri. Namun, ibu juga manusia, yang tidak boleh berbuat apa-apa kecuali berdoa kepada yang Maha Esa untuk dikurniakan rezeki anak.

Sama seperti Atikah Adilah, yang baru berkahwin turut berharap dia dan suaminya dikurniakan anak dalam kehidupan mereka. Tidak pernah putus berharap untuk mendapatkan zuriat, setiap bulan dia pasti akan cuba membuat ujian kehamilan.

Namun hidup tidak selalu bertuah, dia dihampakan dengan keputusan ‘satu garisan’ (belum hamil). Namun ia tidak membuatkan dia berputus asa untuk mencubanya lagi pada bulan seterusnya. Setiap kali ujian yang dibuat, dia akan merakamkan detik gembira itu supaya dijadikan kenangan terindah buatnya.

Kata orang rezeki tidak pernah salah alamat, Atikah akhirnya bakal bergelar ibu selepas dua garisan terpampang pada kit ujian kehamilan yang dilakukan olehnya pada bulan Jun. Air mata kegembiraannya tumpah menjadi saksi.

Video dedah kehamilan yang dikongsi oleh Atikah di TikTok miliknya (@atkhadlh), telah tular di media sosial sehingga mendapat 1.3 juta tontonan dalam masa tiga hari. Video itu turut diselitkan dengan kapsyen yang berbunyi;

“Tuhan telah menjawab doaku Kau hadir menyejukkan hatiku Kau anugerah yang terindah di hidupku.

“For keeps. Alhamdulillah ‘alaa kuli haal,” katanya.

Menurut Atikah, dia membuat kompilasi video mendedahkan ujian kehamilannya untuk suami, keluarga dan juga kawan rapatnya supaya menjadi kenangan pada masa hadapan.

“Saya sebenarnya compile video-video ‘pregnancy reveal’ saya untuk suami, ahli keluarga dan juga kawan-kawan rapat saya.

“Saya memang tak pernah merancang untuk menundakan masa untuk cuba mendapatkan zuriat,” katanya.

Selain itu, Atikah berkata selalunya dia akan merakam video setiap kali dirinya melakukan ujian itu dan sekiranya keputusan menunjukkan dua garisan, video itu boleh dibuat sebagai kenangan.

“Dan Alhamdulillah apabila saya buat testing pada bulan Jun, saya mendapat dua garis.

“Saya sungguh terperanjat dan tak dapat menahan tangisan saya,” katanya lagi.

Video tersebut telah menyentuh perasaan orang ramai khususnya golongan bakal ibu yang menantikan kehadiran anak sulung mereka. Berita gembira itu membuatkan ramai berdoa agar dia dan bayinya berada dalam keadaan sihat.

Tambah Atikah, pada 7 November ini, dia dan pasangannya akan menyambut ulang tahun perkahwinannya yang kedua. Tahniah buat pasangan hebat ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki selalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*