Berang diajak bercerai, suami ‘balun’ isteri hingga cedera

Berang diajak bercerai, suami ‘balun’ isteri hingga cedera. Seorang wanita mengalami kecederaan tisu selepas ditendang suaminya di bahagian paha dan pinggang, semalam. Difahamkan, kejadian itu berlaku sewaktu wanita tersebut berjumpa dengan suaminya untuk meminta cerai.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, wanita tersebut telah ke rumah ibu mertuanya untuk bertemu si suami dengan niat memfailkan penceraian. Namun begitu, permintaan wanita itu telah menimbulkan kemarahan kepada suaminya.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, si suami terus bertindak menendang paha dan pinggang si isterinya sebanyak dua kali. Disebabkan tendangan yang kuat, ibu kepada seorang cahaya mata itu, mengalami kecederaan tisu dan telah menerima rawatan di Hospital Ampang.

Suspek ditahan pada pukul 6:20 petang sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Suspek didapati bekerja sebagai jurujual dan si isteri sebagai guru tadika. Dipercayai, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga selama dua tahun. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia lapan bulan.

Turut baca :

Berang diajak bercerai, suami 'balun' isteri hingga cedera

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*