Umno akan menganjurkan perhimpunan raksaksa bersama PAS sekiranya parti Islam itu memutuskan hubungan Perikatan Nasional (PN).
Memetik sumber, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perkara tersebut dalam perjumpaan khas dengan semua ketua bahagian termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Puteri di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.
“Perhimpunan raksasa Muafakat Nasional 2.0 akan diadakan di WTC sekiranya PAS mengikuti 3 syarat yang ditetapkan oleh presiden sebelum PM (perdana menteri) umum tarikh pilihan raya,” katanya kepada FMT.
Tiga syarat yang ditetapkan adalah PAS keluar daripada PN, memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka “mufarakah” (berpisah) 100% daripada PN dan Bersatu.
Kata sumber lagi, turut dimaklumkan Perhimpunan Agung Umno hujung tahun ini juga akan ditangguhkan.
Turut baca :
- Mana dia BERSATU, tidak berkuasa lagikah, soal Mahathir
- Dituduh curi barangan bernilai kurang daripada RM5, kemaluan lelaki digigit, dibelasah separuh mati
Leave a Reply