Sengat Daily

Terlibat kemalangan ngeri, hasrat graduan UiTM naik pentas ‘konvo’ tak kesampaian

Terlibat kemalangan ngeri, hasrat graduan UiTM naik pentas ‘konvo’ tak kesampaian. Lima graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) terlibat dalam kemalangan di Kilometer 396 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Ulu Bernam, awal pagi ini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Noor Azam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 pagi dan mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah Proton Saga yang dinaiki lima graduan perempuan berusia 21 tahun, telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.”

“Akibat kemalangan tersebut seorang daripada mereka tersepit di bahagian hadapan dan mengalami kecederaan parah.”

“Manakala empat lagi rakan mangsa pula mengalami kecederaan ringan dan kesemua merelka telah dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.” -Azam Khamis.

Lebih menyayat hati, pihak bomba memaklumkan kesemua mangsa dipercayai akan menghadiri Majlis Konvokesyen di UiTM Shah Alam.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*