“Persoalan guru terjawab…” Murid pakai jaket dalam kelas rupanya mangsa dera

“Persoalan guru terjawab…” Murid pakai jaket dalam kelas rupanya mangsa dera. Persoalan seorang guru yang hairan melihat muridnya berjaket di dalam kelas akhirnya terjawab selepas dia melakukan pemeriksaan ke atas kanak-kanak berusia 7 tahun itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, kecederaan pada tubuh mangsa disedari guru kelas yang ternampak kesan merah pada wajah muridnya.

“Selain itu, murid tersebut juga dilihat dalam keadaan mencurigakan kerana memakai jaket di dalam kelas.

“Guru kemudian membuat pemeriksaan terhadap mangsa dan mendapati terdapat calar di seluruh badan, bengkak di siku, luka di bahagian telinga sebelah kiri dan terdapat kesan lebam-lebam serta bibir terkoyak disyaki akibat dipukul,” -Zaidy Che Hassan.

Merujuk pula kepada laporan hospital, doktor menemui terdapat kesan lebam baharu dan lama di bahagian kepala, leher dan kawasan badan.

Ia dikatakan berpunca daripada penderaan dan mangsa telah dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada Rabu untuk rawatan dan dijaga oleh ibu kandungnya.

Manakala, bapa kandungnya berusia 29 tahun telahpun ditahan reman selama 6 hari bagi membantu siasatan di bawah Seskyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*