{VIDEO} “Berterabur dan tak jelas…” Cara ‘Doktor’ ulas isu semasa dalam Bahasa Inggeris jadi bualan

“Berterabur dan tak jelas…” Cara ‘Doktor’ ulas isu semasa dalam Bahasa Inggeris jadi bualan.  Tak dinafikan bahawa dalam kalangan orang Melayu ada yang tidak begitu mahir menggunakan Bahasa Inggeris sewaktu berkomunikasi.

Namun, tidak salah sekiranya mereka mencuba dan berilah semangat dan tunjuk ajar semampunya kerana konsep menuntut ilmu itu tidak pernah mengira usia, asalkan niatnya betul.

Pun begitu, bagaimana pula jika ada individu berpangkat Doktor (Dr) masih ‘bertatih’ dalam penggunaan bahasa Inggeris mereka?

Misalnya seperti yang terjadi dalam sorotan yang dikongsi oleh pemilik akaun Twitter @Tok_Tek.

Dalam paparan itu, menyaksikan telatah seorang individu berpangkat Doktor yang juga merupakan antara graduan PhD sewaktu ditemu bual oleh pihak media.

Berita tengah malam yang kebiasaannya menggunakan Bahasa Inggeris membuatkan penyampai serta setiap tetamu atau individu yang ditemu bual juga menggunakan bahasa yang sama.

Bagaimanapun, cara individu itu mengulas isu yang ditanya mengundang pelbagai respon daripada wargamaya sehingga ada yang meminta agar temu bualnya disertakan dengan terjemahan.

Itu kerana rata-ratanya tidak faham dan kurang jelas dengan penyampaiannya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*