“Tunggang motorsikal lebih 500 km…” Nak tengok bola punya pasal, bapa menyesal jadi punca anak 6 bulan maut

Gara-gara ini menonton perlawanan bola sepak, pasangan suami isteri bertindak membawa anak mereka yang berusia 6 bulan itu menaiki motosikal dari Jawa Tengah ke Jawa Timur Indonesia.

Susulan perbuatan tidak berfikir panjang itu membuatkan bayi berusia 6 bulan dilaporkan maut.

Menurut sumber, pasangan itu menunggang motorsikal lebih 500 kilometer bersama bayi mereka semata-mata untuk menonton bola memandangkan pasukan kegemarannya turun beraksi.

Bagaimanapun apabila tiba di rumah, bayi berkenaan mula batuk serta sukar bernafas sebelum dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan.

“Ini semua berlaku sebab kebodohan, ego dan keangkukah saya. Saya harap saya sorang je bersikap macam ni,” ujar bapa kepada bayi berkenaan.

Difahamkan, perkara tersebut dikongsikan di laman Twitter milik bapa mangsa yang menyesal menjadi punca kematian anaknya itu.

Walau bagaimanapun, punca kematian bayi berkenaan masih belum dikenali pasti namun bapanya berharap agar kisahnya itu menjadi tauladan buat ibu bapa yang lain.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*