Tidak mampu hadapi komen negatif di Tiktok, ibu anak tiga maut dipercayai bunuh diri

Tidak mampu hadapi komen negatif di Tiktok, ibu anak tiga maut dipercayai bunuh diri.  Penat dengan komen negatif yang sering dilemparkan ke atasnya, seorang wanita yang juga merupakan Tiktokers popular dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, pagi semalam.

Menerusia maklumat yang diperoleh daripada IPD Subang Jaya, mangsa dipercayai cuba membunuh diri sebelum dikejarkan ke hospital sekitar jam 11.45 malam (6 Ogos).

Tidak mampu hadapi komen negatif di Tiktok, ibu anak tiga maut dipercayai bunuh diri

“Mangsa telah dibawa oleh keluarganya ke hospital dalam keadaan masih bernafas dan meninggal dalam perjalanan.”

“Hasil siasatan awal dimaklumkan bahawa si mati pernah mengalami tekanan perasaan dan mendapat rawatan di sebuah klinik swasta di Petaling Jaya.

Turut baca

“Pemeriksaan tempat kejadian dan fizikal si mati telah dibuat, tiada kesan berlakunya unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).

“Post mortem telah dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya,” -Polis IPD Subang Jaya

Bagaimanapun, polis berkata setakat ini tiada aporan yang dibuat oleh di mati atas dakwaan menjadi mangsa gangguan buli siber.

Untuk rekod, mangsa yang bernama Shasikala Nadrajah sangat aktif di Tiktok dan sering berkongsi pandangannya tentang pelbagai topik seperti persekolahan di rumah, gangguan seksual dan cara mengekalkan penjagaan beg tangan.

Adapun begitu, seorang pemilik akaun Tiktok bernama Rose Veronice mendedahkan bahawa anak-anak Shashikala memberitahu ibu mereka tidak boleh bertolak ansur lagi dengan komen negatif di akaun Tiktoknya.

Tidak mampu hadapi komen negatif di Tiktok, ibu anak tiga maut dipercayai bunuh diri

Tidak mampu hadapi komen negatif di Tiktok, ibu anak tiga maut dipercayai bunuh diri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*