Baru-baru ini, tular di media sosial akan video memaparkan pekerja restoran makanan segera ‘bertekak’ dengan sepasang pelanggan.
Dalam video dimuat naik laman Twitter Malaysia Most Viral itu memaparkan seorang pekerja dipercayai pengurus restoran berkenanan dilihat sedang berperang mulut dengan pelanggannya.
Difahamkan, pasangan tersebut seakan meminta pemintaan yang kurang masuk akal membuatkan pekerja berkenaan panas hati.
Nak makan ayam pun bergaduh. pic.twitter.com/McuNLBpZIX
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) July 31, 2022
Bahkan, dalam video berdurasi dua minit 20 saat itu turut dapat didengari suara pelanggan berkenaan yang seakan sengaja mencetuskan kemarahan pekerja tersebut.
Walau bagaimanapun, video yang dirakam oleh pelanggan berkenaan hanya separuh dari kejadian yang berlaku ketika itu.
Rata-rata warganet berpendapat bahawa pelanggan berkenaan sengaja provoke pekerja tersebut. Bahkan, mereka penuntut pemilik video berkenaan memuat naik kejadian awal di restoran terbabit.
Turut baca
Leave a Reply