{VIDEO} Pemandu kereta kena marah bagi signal masuk simpang, ini terjadi selepas itu

TINDAKAN seorang penunggang motosikal memarahi pemandu kereta kerana memberi lampu isyarat untuk membelok di sebuah simpang mencuri perhatian ramai.

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 47 saat memaparkan kenderaan itu telah memberi ‘signal’ untuk memasuki simpang namun kereta itu tiba-tiba dirempuh dua remaja yang menunggang motosikal di belakang.

Apa yang lebih mengejutkan, remaja yang menunggang motosikal terbabit menyalahi pemandu kereta terbabit.

“Kak apa ni kak bagi signal kak,” jerit penunggang motosikal itu.

“Saya bagi signal sebab saya nak masuk,” jelas pemandu tersebut.

Penunggang tersebut seolah-olah enggan mengaku kesalahannya.

“Saya tak nampak kak, saya dah jalan dah tadi kak.

“Sorrylah kak,” jeritnya dengan nada yang tidak berpuas hati.

Dalam video tersebut turut menunjukkan penunggang dan pembonceng tersebut tidak menggunakan topi keledar dan menunggang motosikal dengan laju.

Video yang dimuat turun di halaman  telah mendapat sejumlah 40,00 tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Warganet memuji pemilik kenderaan tersebut mempunyai dashcam di bahagian belakang.

“Nasib baik ada dashcam belakang kereta. Kalau tidak mesti netizen dah fitnah kakak ini yang salah.

“Zaman sekarang kalau kemalangan langgar dari belakang, orang suka putar -belit fakta kejadian sebab nak lepaskan diri,” kata MakCik Kiah.

Pengguna Facebook Shidi Ghafar, mengecam tindakan remaja terbabit yang cuba menyalahkan pemandu tersebut.

“Dah memang motor yang salah tapi tak nak mengaku.

“Boleh pulak dia jerit pada kakak itu. Kalau aku dalam situasi aku minta maaf dan minta ‘settle tepi’,” tulisnya.

“Aku syak, hujung video ini budak itu terdiam sebab pemilik kenderaan tunjuk dia ada dashcam.

“Lain kali pakai helmet dik, sayang nyawa. Kita hidup sekali saja dalam dunia,” kata Azwan Helmi.

Tidak dapat dipastikan dimana kejadian itu berlaku dan belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*