Nama Siti Nuramirah bukanlah lagi asing dalam kalangan orang ramai ketika ini.
Demikian selepas video persembahannya di atas pentas komedi yang didakwa telah menghina Islam tular di media sosial.
Mengikuti perkembangan terbarunya, Mufti Pulau Pinang iaitu Wan Salim Wan Mohd Noor berkata akan memberi sokongan kepada wanita terbabit menyertai pertandingan tilawah al-Quran jika hafalannya bagus.
Namun, terpulang kepada Siti Nuramirah sekiranya mahu bertemu dengannya bagi memperdengarkan bacaannya ataupun tidak.
“Cuma saya harap dia tidak mengulangi perbuatannya menghina Islam seperti yang dilakukan sebelum ini.”
“Semoga di berubah menjadi penganut Islam yang baik dan taat kepada hukum-hukum agamanya.” -Wan Salim
Dalam masa sama, beliau turut berharap agar wanita berkenaan melupakan kisah lalunya dan membuka lembaran baharu.
“Yang penting adalah kesanggupannya kembali ke pangkal jalan setelah menginsafi kesilapan yang dilakukan. Ini lebih baik daripada berlarutan di dalam kebatilan. Inilah harapan dan nasihat saya.”
“Anggaplah kata-kata ini sebagai nasihat seorang ayah kepada anak sendiri yang inginkan kebaikan untuknya.”
Turut baca
Leave a Reply