“Senang je lulus…” Kami suruh naikkan gaji rakyat, bukan YB

“Senang je lulus…” Kami suruh naikkan gaji rakyat, bukan YB.  Di saat negara sedang berdepan dengan pelbagai krisis, kecoh pula di media sosial memaklumkan beberapa gaji pentadbir di Sabah dinaikkan sehingga 40%.

Difahamkan, kenaikan gaji tersebut mendapat kelulusan sewaktu berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa lalu.

Memetik laporan Berita Harian, usul untuk Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 dicadangkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu telah diluluskan dengan suara terbanyak.

Sementara itu, menurut Datuk Dr Yusof Yacob (BN-Sindumin), kenaikan saraan itu perlu selaras dengan kenaikan pendapatan Sabah, justeru syarikat berkaitan kerajaan negeri perlu berdaya saing untuk membawa lebih banyak pendapatan selain menarik lebih ramai pelabur.

“Kita sebagai wakil rakyat ini bagai sebuah ATM (mesin juruwang automatik) untuk rakyat dapatkan bantuan, saya sendiri macam-macam daripada bapa tinggal jauh lawat anak di hospital pun minta bantuan wang, jadi kenaikan ini sebenarnya kita salurkan balik kepada rakyat.”

Bagaimanapun, perkara tersebut nampaknya kurang disenangi oleh kebanyakan rakyat bilamana rata-ratanya mempersoalkan kewajaran kenaikan gaji itu di saat ramai terkesan dengan krisis yang berlaku.

Untuk makluman, Menteri Kewangan negeri itu berkata bahawa kenaikan tersebut telah dikaji dengan teliti oleh jawatankuasa diketuai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai dan kenaikan itu diharap mampu meringankan beban yang ditanggung wakil rakyat serta anggota pentadbiran kerajaan untuk memberi bantuan kepada rakyat.

Malah, usul tersebut juga diluluskan dengan suara terbanyak.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*