
SEORANG lelaki kurang upaya berusia 19 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.
Muhamad Adam Haiqal Abdullah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.
“Ya, saya faham, saya mengaku bersalah,” katanya.
Bagaimanapun, hukuman terhadap pesalah muda itu akan diputuskan pada 27 Mac selepas mahkamah menerima laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun bagi maksud seksual di sebuah masjid di Batang Kali, pada pukul 6.20 pagi, 21 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Madmad Zulhasnan mencadangkan agar tertuduh dibenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.
“Ini termasuk melapor diri di balai polis dan tidak mengganggu saksi serta mangsa bagi mengelakkan kejadian berulang,” katanya.
Baca juga :
Leave a Reply