“Kadang tak habis…” Ibu tunggal jual nasi lemak cekal jaga ibu bapa uzur

MELAKA: Seorang ibu tunggal di Taman Kota Laksamana di sini cekal menjaga kedua orang tuanya yang uzur dengan bergantung kepada jualan nasi lemak.

Shuhaidah Sawi, 47, berkata, pendapatan harian yang tidak menentu menjejaskan perbelanjaannya untuk menguruskan bapa, Sawi Basri, 67, dan ibu, Hamidah Halil, 64.

HAMIDAH Halil sebak ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Kota Laksamana, Melaka.

Katanya, pendapatan harian sebanyak RM50 tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan yang dianggarkan berjumlah lebih RM1,000 sebulan.

“Saya sediakan 100 bungkus nasi lemak sehari. Jualan tidak menentu, bergantung pada nasib. Nasi lemak yang tidak habis dijual akan dipulangkan semula.

Turut baca

“Hasil inilah yang saya gunakan untuk menyara keluarga. Alhamdulillah, setakat ini kami tidak pernah terputus makanan, namun terpaksa hadkan pembelian barang dapur susulan kos makanan yang semakin mahal,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini kelmarin.

Tambah Shuhaidah, dia sudah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pihak ibunya, namun tidak berjaya.

Menurutnya, pergerakan ibunya terbatas selepas terlibat dalam kemalangan empat tahun lalu dan memerlukan kerusi roda baharu serta lampin pakai buang.

“Ayah menerima bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu. Sekurang-kurangnya ringan sedikit beban saya.

“Namun, bantuan untuk ibu masih belum diluluskan lagi. Kerusi roda sedia ada sudah rosak sekaligus menyukarkan pergerakan ibu. Saya harap permohonan dapat diluluskan segera bagi meringankan beban kami sekeluarga,” ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*