Ketiadaan lebih separuh pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur City (KL City) malam ini menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan pasukan itu.
Meskipun baru saja melancarkan jersi ketiga pasukan petang tadi, para penyokong di Stadium Darul Aman malam ini dikejutkan dengan ketiadaan beberapa pemain antaranya penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim, Syafiq Ahmad, Ariff Farhan Md. Isa serta Halim Saari walaupun nama mereka berada dalam senarai kesebelasan utama yang sepatutnya diturunkan serta dimuat naik di media sosial KDA FC.
Para pemain itu sebaliknya digantikan dengan nama-nama yang tercatat sebagai pemain simpanan iaitu Wan Muhammad Syazmin, Loqman Hakim Marzuki, Fayadh Zulkifli serta Hasbullah Abu Bakar.
Malah ketika ini, hanya terdapat seorang saja pemain simpanan KDA FC yang kelihatan di bangku simpanan bersama barisan jurulatih pasukan itu diketuai Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain.
Baca juga :
Leave a Reply