“Cuti-cuti Thailand…” Pelancong akan dikenakan yuran berharga RM36.47 tanpa pengecualian

Thailand bukanlah lagi destinasi asing buat ‘kaki melancong’.

Namun, kerajaan itu melakukan sedikit perubahan apabila selepas ini setiap pelancong perlu membayar yuran sebanyak 300baht (RM36.47) tanpa pengecualian.

Penolong Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan dan Sukan Negara, Mongko Wimonrat berkata, kaedah dan sistem kutipan bagi pelancong asing yang tiba melalui udara kini sedia dilancarkan.

Manakala, kemasukan pelancong asing menggunakan laluan darat dan laut perlu dikaji semula oleh pihak kementerian.

Bagaimanapun, difahamkan yuran pelancongan itu tidak akan dilaksanakan ke atas para diplomat dan ekspatriat di Thailand.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*