Hari ini, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng, Batu Pahat.
Mangsa berusia 11 tahun itu ditemui dengan kesan luka di bahagian dahi dan kesan jerut di bahagian leher mangsa.
Sementara itu, seorang wanita enggan dikenali mengakui melihat nak saudaranya sudah kaku di atas lantai ketika ke rumah mangsa.
Menurut wanita tersebut, dia dia ke rumah berkenaan pada 4 petang, selepas jiran kakaknya menghubunginya.
“Sebaik tiba saya nampak muka anak saudara berlumuran darah, manakala badannya sudah sejuk. “Saya ada tanya kakak, dia tahu tak anaknya sudah meninggal dunia.
“Namun, kakak beritahu dia bergaduh dengan anaknya, sebelum mendakwa menemui anaknya menggantungkan diri dan menurunkan anaknya ke atas lantai,” katanya.
Tergamam akan kejadian itu, dia terus menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan, namun pasukan kesihatan memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia kira-kira dua jam.
“Saya syak ketika itu kakak berada dalam keadaan tertekan sebelum bergaduh dengan anaknya menyebabkan mangsa terjatuh atau terhantuk sehingga kepalanya cedera parah.
“Mungkin kakak panik sehingga sanggup berbohong menyatakan anaknya mati akibat menggantung diri,” kongsinya.
Dia dan juga keluarga yang lain dikatakan masih lagi terkejut dengan kejadian dan menyerahkan kes itu sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Turut baca
- “Rayu bantuan…” Pasangan didakwa hina Islam perlu RM40K untuk ikat jamin
- {VIDEO} “Pelik kereta depan tak gerak…” Pemuda terpaksa turun tengok, rupanya ini berlaku
- “Mujur disedari ibu…” Hempas murid hingga patah kaki, guru KAFA ditahan reman
Dalam pada itu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ibu mangsa berusia 34 tahun menghubungi pihak polis menyatakan anaknya meninggal dunia akibat menggantungkan diri.
Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan pihak polis di tempat kanak-kanak itu dikatakan menggantung diri mendapati ia tidak boleh menyebabkan mangsa maut.
Katanya, timbul keraguan terhadap keadaan mayat mangsa dengan kenyataan yang diberikan oleh ibu mangsa.
“Kesan jerutan di leher mangsa bukan akibat menggantung diri, tetapi dipercayai dicekik dengan wayar elektrik.
“Pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap suspek sama ada mengalami penyakit mental atau tidak. Keterangan saksi sudah diambil untuk mendapatkan fakta kejadian sebenar,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
Leave a Reply