{VIDEO} “Buat apa, setahun sekali je guna…” Jawapan Timbalan MB Kelantan berkaitan besarkan jalan buat ramai ‘naik angin’

Dalam pada kita menyaksikan perubahan dalam pelbagai sektor di setiap negeri, nampaknya Kelantan masih selesa berada di ‘takuk’ yang sama.

Demikian selepas tularnya video pendek yang menyaksikan kenyataan Timbalan Menteri Besar negeri itu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam satu temu bual.

Mohd Amar ketika ditanya tentang isu kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Kelantan beranggapan bahawa tiada makna untuk kerajaan itu membesarkan jalan.

“Kalau kita besarkan jalan pun, kita guna setahun sekali je…”

“Bagi saya, kita kena hadapi lah…”

 

Rata-rata warganet kelihatan kesal dengan jawapan yang diberikan Datuk Mohd Amar berhubung isu itu.

Menurut mereka, sepatutnya beliau mendengar suara rakyat demi penambahbaikan negeri itu, bukannya acuh tak acuh dengan masalah tersebut.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*