SEORANG lelaki menikam isterinya menggunakan berus gigi sehingga maut kerana tidak berpuas hati dengan sikap wanita itu ketika di rumah dalam kejadian di Kabupaten Karimun, Kepulauan Riau, Indonesia pada pagi Ahad lalu.
Berdasarkan laporan agensi, suspek yang mengaku bertindak demikian mendakwa isterinya malas melakukan kerja rumah sepanjang perkahwinan.
Ketua Polis Daerah Utara, AKP Hendriyal berkata, mangsa yang dikenali sebagai Risma Fatmawati, 18, ditemukan tidak bernyawa di bilik tidur oleh ibunya, Norida.
Kesal setiap kali pulang kerja selalu masak sendiri setiap di suruh ini itu istrinya jawab ” Aku bukan pembantu ”
Pria ini membunuh istrinya dgn cara menusukkan sikat gigi ke leher korban
Di perumahan Suku Duane RT 03 RW 01 Tanjung batu kundur Minggu 05.05.24 pic.twitter.com/w1ZuKCIuhG— NeverAloneLy (@never_alonely) May 6, 2024
Norida ketika itu menyangka anaknya masih belum bangun daripada tidur terkejut apabila mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, selain terdapat sebatang berus gigi tercucuk pada lehernya.
Hendriyal berkata, pihaknya berjaya menahan suspek beberapa jam selepas penemuan mayat tersebut.
Suspek dapat ditangkap polis ketika cuba mahu melarikan.
Menerusi video soal siasat yang tular di Twitter (X) sejak Selasa, suspek memberitahu nekad membunuh isterinya kerana rasa sakit hati yang dipendam terlalu lama.
“Setiap kali saya pulang kerja, dia tidak pernah memasak. Selalunya saya makan sendiri.
“Kalau saya suruh dia masak atau basuh baju, dia selalu cakap dia bukan orang gaji dalam rumah,” katanya.
Suspek juga mendakwa ibu mentuanya sering campur tangan dalam hal rumah tangganya dengan mangsa.
Dakwanya lagi, ibu mentuanya sering kali menyuruh mangsa untuk mencari lelaki lain.
Suspek pada masa sama mengaku dia cemburu kerana mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Turut baca :
Leave a Reply