Seorang pemuda di Cianjur, wilayah Jawa Barat terkejut selepas mendapati ‘isteri’ yang baru dikahwininya sebenarnya seorang lelaki, lapor portal berita Okezone semalam.
Pemuda berkenaan dikenali sebagai AK. Dia berumur 26 tahun. Menurut keluarga AK, penipuan itu terbongkar selepas mereka menyiasat latar belakang keluarga pengantin perempuan, Adinda Kenza atau nama singkatannya, ESH.
“Perkara sebenar terbongkar selepas pihak keluarga menyiasat latar belakang ESH,” kata bapa AK, Daud.
Menurut Daud, anaknya mengenali ESH menerusi media sosial, di mana lelaki itu menggunakan nama samaran Adinda Kenza.
Mereka berkenalan selama lebih setahun sebelum memutuskan untuk berkahwin.
“ESH sering memakai pakaian yang menutup aurat dan memakai niqab.
“Mereka berdua menjalinkan hubungan cinta selama beberapa bulan dan memutuskan untuk berkahwin pada 12 April lalu,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Naringgul, Bripka Ridwan Taupik berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga AK mengenai kejadian itu, manakala ESH telah ditahan.
“Berdasarkan soal siasat, ESH mengaku menipu mangsa kerana mahu meminta wang. Jika disabit bersalah, dia berdepan hukuman penjara selama empat tahun,” katanya.
Turut baca :
Leave a Reply