Bunuh, kerat isteri, anak penjual daging kambing tampil dedah punca kejadian

KISAH seorang lelaki di Jawa Barat, Indonesia membunuh isterinya sebelum mengeratkan mayat mangsa serta menawarkan daging berkenaan untuk dijual kepada penduduk sekampung masih lagi menjadi topik bualan hangat dalam kalangan warga maya sehingga hari ini.

Manakan tidak, selepas membunuh isterinya, suspek Tarsum, 41, turut memotong mayat serta menawarkan daging Yanti, 40, untuk dijual kepada sekitar penduduk kampung di Desa Cisontrol, Jawa Barat, Indonesia pada Jumaat lalu.

Warga kampung yang ketakutan sempat merakam  tindakan suspek sebelum menghubungi polis.

Dalam perkembangan terbaharu,Ketua Polis Polis Ciamis, Akmal berkata, masalah kewangan berkemungkinan salah satu punca mangsa bertindak sedemikian.

“Tarsum, yang juga penjual daging kambing di kampung itu, dikatakan seperti sedang tertekan dipercayai kerana faktor kewangan dan kerap didatangi pengutip hutang.

“Berdasarkan keterangan saksi utama yang juga anak mereka mendedahkan keluarga mereka terbeban dengan masalah ekonomi dan keluarga.

“Namun, pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ngeri itu,” katanya pada Ahad.

Menurut Akmal lagi, polis juga akan menjalankan pemeriksaan mental ke atas suspek.

“Buat masa sekarang, pelaku masih ditahan dan ditempatkan dalam bilik berasingan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan suspek tanpa rasa bersalah bertindak membawa daging isterinya di dalam sebuah besen sebelum menawarkan kepada jiran tetangga untuk dijual.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*