Insiden kelar isteri,anak : Bapa mentua ‘terkedu’ lihat anak, cucu berlumurah darah.
Kecoh akan susuk seorang lelaki yang tidak berpakaian tular di media sosial di lebuh raya menjadi perbualan ramai.
Susulan itu, lelaki dikenali sebagai Amir Adam dikatakan telah terlibat dalam pembunuhan anak serta isterinya sebelum melarikan diri dalam keadaan bogel.
Memetik laporan Harian Metro, bapa mangsa terkedu apabila melihat anak perempuan dan cucu berlumuran darah serta tidak bernyawa lagi dipercayai dikelar oleh menantunya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru.
Mahu dikenali sebagai Rosman Ahmad, dia menerima panggilan telefin daripada anak sulungnya yang memaklumkan terdapat masalah di rumah anak ketiganya, Hajar Nursyahirin, 26, sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian.
“Apabila saya sampai, anak pertama dan kedua sudah ada di sini (rumah keluarga suspek), saya lihat anak perempuan saya terbaring depan pintu rumah dengan luka di leher macam dikelar.
Turut baca
- Kejam !!! Lelaki kelar wanita, bayi 3 bulan ditahan dalam keadaan bogel
- Anak bergelak ketika menimbus ibu, ini terjadi bila kain kafan tutupi muka dibuka
- Ngeri !!! Pandu lawan arus, warga emas maut ditempat kejadian
“Cucu lelaki saya, juga terdapat luka di leher, ketika itu ada jururawat sedang mengendongnya. Tetapi, saya difahamkan cucu saya ditemui di sisi ibunya,” katanya.
Difahamkan, Hajar Nursyahirin dan anak tunggalnya, Hans Mohd Thakif Amir berusia kira-kira dua bulan, ditemukan sudah meninggal dunia, dipercayai dikelar suaminya, Amir Adam, 25.
Dalam pada itu, Amir pula dilaporkan melarikan diri sejurus kejadian itu dengan menaiki motosikal dalam keadaan berbogel.
Menurut bapa berusia 58 tahun itu, anak dan menantunya itu dijadualkan bersanding 24 Julai ini memandangkan tidak dapat berbuat demikian selepas bernikah tahun lalu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, persiapan untuk majlis bersanding itu juga sudah siap dan hanya menunggu hari bahagia itu.
Disoal mengenai hubungan anak dan menantunya itu, Rosman berkata, menantunya bukan seorang panas baran malah sejak berkahwin, pasangan itu hidup bahagia.
“Anak saya dan menantu memang anak yang baik. Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh.
“Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja.
“Dulu dia ada buat kerja pembersihan di stadium, lepas itu dia berhenti kerja. Kemudian saya dapat tahu dia hanya kerja sambilan mencuci kapal di Pasir Gudang dan bantu kerja-kerja penyediaan makanan,” katanya.
Sementara, isteri Rosman, Norazlina Hamdan, 50, berkata, mereka sekeluarga reda dengan apa yang sudah berlaku kerana menganggap menantunya juga anak yang baik
“Anak saya kalau ada masalah banyak cerita dengan adik-beradik dia sahaja, tetapi tidak ada pula dia mengadu ada masalah kewangan.
“Jadi saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku kerana sudah kenal menantu lama dan mereka baik,” katanya pasrah.
Jenazah kedua-dua mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu di sini, esok.
Leave a Reply