Insiden kelar ibu, bayi lelaki, jiran tampil kongsi cerita

Insiden kelar ibu, bayi lelaki, jiran tampil kongsi cerita.

Kejadian ibu serta anak berusia dua bulan maut dipercayai dikelar bapanya sebelum lari dalam keadaan tidak berpakaian bersama motosikal pastinya mengejutkan orang ramai.

Terbaru, saksi dipercayai jiran mendengar jeritan terakhir suspek “kau apa hal?” sebelum kejadian kelar leher isteri bersama anak lelakinya itu.

Menurut Ahamd Zaini Ismail, 39, berkata, dia yang berada di rumahnya di hadapan rumah pasangan itu, terdengar jeritan lelaki itu dipercayai ditujukan kepada mangsa.

“Ketika itu saya di depan rumah, memang saya dengar suara lelaki itu menjerit sebelum kejadian berlaku,” katanya terkejut.

Dia yang bekerja sebagai mekanik mneyatakan bahawa kira-kira 3 petang semalam, dia membaiki kereta suspek di rumah lelaki itu dan ketika itu suspek berkelakuan biasa sambil mendukung bayi lelakinya yang berusia dua bulan itu.

“Saya nampak dia biasa saja, kami ada berbual ketika itu, saya memang tidak sangka perkara ini berlaku,” ceritanya.

Insiden kelar ibu, bayi lelaki, jiran tampil kongsi cerita

Sementara itu, anaknya pula Mohd Noor Haikal, 14, pula berkata, dia yang turut berada di hadapan rumah sebelum ke sekolah ada melihat suspek lelaki mengheret isterinya dari dalam rumah.

Jelasnya, mangsa wanita ketika itu sudah tidak bergerak dan berlumuran darah sebelum ditinggalkan suspek di hadapan pintu rumah.

“Saya kemudian dengar anak mereka menangis dan nampak suspek masuk ke dalam rumah mengambil anaknya dan kemudian meletakkan bayi itu di tepi ibunya.

Insiden kelar ibu, bayi lelaki, jiran tampil kongsi cerita

“Saya nampak suspek pegang pisau pemotong daging, tetapi saya takut dan terus bergerak menaiki motosikal bersama abang saya untuk ke sekolah.

“Saya tidak mahu masuk campur, tetapi saya tidak sangka anak mereka juga turut dicederakan,” ceritanya yang kemudian tidak jadi ke sekolah kerana trauma.

Insiden kelar ibu, bayi lelaki, jiran tampil kongsi cerita

Dalam pada itu, pemilik warung sarapan pagi dikenali sebagai Rosimawati Ramli, 36, berkata, suspek ada datang ke warung itu untuk bersarapan kira-kira 7 pagi semalam dan turut membayar makanan pelanggan lain.

“Saya terkejut dia kata nak belanja pelanggan lain sebab dia tak pernah buat begitu walaupun dia seorang yang baik.

“Ketika itu, dia bayar RM20 untuk nasi lemak dan lontong yang dibeli pelanggan,” katanya.

Suspek lelaki berusia 25 tahun itu kemudian ditahan polis kira-kira jam 2.45 petang tadi di kawasan Permas Jaya.

Terdahulu, gambar dan video suspek menaiki motosikal dalam keadaan berbogel tular di media sosial dipercayai ketika melarikan diri sejurus insiden kelar terbabit.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*