Allahuakbar! Suami durjana nak bunuh isteri tertembak orang lain

Polis memburu seorang lelaki, yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur 1 (KLIA 1), di sini, awal pagi tadi.

Suspek dikatakan telah melarikan diri ke negeri utara selepas tembakannya itu terkena seorang lelaki yang juga pengawal peribadinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataannya pagi ini menyatakan, berlaku satu kejadian tembak di balai ketibaan KLIA 1 pada kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Katanya, dalam kejadian itu, seorang lelaki telah melepaskan tembakan sebanyak dua das dan salah satu tembakan itu telah terkena seorang lelaki tempatan yang juga adalah pengawal peribadi.

“Selepas itu, suspek terus melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ, yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Bagaimanapun, katanya, tembakan itu mengenai seorang individu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.

Kata Hussein, motif kejadian masih dalam siasatan polis dan diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh di bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.

“Polis telah kenal pasti identiti suspek dan melancarkan operasi mengesan, yang dipercayai telah melarikan diri ke utara.

“Kejadian ini adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan. Keadaan di KLIA adalah terkawal dan selamat,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*