Peras ugut RM2,000, 2 polis dicekup

Dua anggota polis ditangkap disyaki memeras ugut seorang individu RM2,000 di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, kononnya mendakwa mangsa mempunyai rekod jenayah.

Ketua Polis Johor M Kumar, berkata siasatan awal mendapati mangsa melalui bangunan itu untuk pemeriksaan imigresen, namun ditahan dua suspek tersebut lalu diperas ugut menyerahkan wang berkenaan bagi mengelak ditangkap dan dilokap.

Katanya, penangkapan semua suspek susulan laporan diterima pada 12.23 tengah malam tadi mangsa yang juga lelaki warga tempatan berusia 29 tahun, mendakwa dua anggota itu melakukan perbuatan itu pada 2 April.

“Sehubungan itu, IPD Johor Bahru Selatan telah membuat tangkapan ke atas dua anggota polis Bangunan Sultan Iskandar berusia 32 dan 33 tahun pada 1.50 petang semalam.

“Hasil ujian saringan air kencing kedua-dua anggota didapati negatif,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan, sambil menyatakan permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Johor Bahru.

“Polis Johor komited memerangi masalah integriti serta salah laku jenayah dalam kalangan pegawainya demi meningkatkan keyakinan masyarakat terhada pasukan,” katanya.

Oran ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi talian terus IPD Johor Bahru Selatan di 07-2182323 atau menghubungi pegawai penyiasat Kathiresh Rajagopal di 013-4472909.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*