Tular di media sosial rakaman memaparkan seorang lelaki sanggup ‘melekat’ di cermin hadapan sebuah kereta, gara-gara mahu memujuk bekas isterinya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik pemilik akaun TikTok Falaq Jodoh semalam, lelaki bertopi keledar itu berulang kali memohon maaf kepada bekas isterinya selain meminta supaya wanita itu memberhentikan kereta.
Kata lelaki itu, dia masih sayangkan wanita tersebut dan mahu memeluknya buat kali terakhir.
“Ayang turun la sekejap, turun sekejap sahaja. Ayang tolong lah.
“Ayang turun lah dulu, jangan buat macam ini. Turun lah, sekali sahaja. Nak peluk awak lepas itu dah,” rayu lelaki itu.
Bagaimanapun, tindakan lelaki tersebut mengundang ketidakselesaan pada bekas isterinya sehingga wanita itu terpaksa menjerit bagi melepaskan rasa geram.
Kejadian yang berlaku di sebuah kawasan rumah perumahan itu turut dilihat oleh penduduk-penduduk di sana.
Pada hujung rakaman tersebut, seorang individu dipercayai penduduk setempat cuba menenangkan lelaki itu dan memintanya untuk turun dari kereta.
Namun, dia tetap berdegil dan tidak mahu turun kerana takut bekas isterinya melarikan diri.
Pelbagai reaksi juga diberikan orang ramai di ruangan komen berhubung situasi tersebut sehingga meraih lebih 1.4 juta tontonan dan 64,700 tanda suka.
“Ramai cakap gila talak tapi hakikat kita tak tahu apa yang mereka hadap, kira rasa bangga sebab Allah tutup aib kita sahaja,” kata @KeChIk_black.
“Aku pernah lalui situasi macam ini naik atas kereta sebab bekas suami aku (masa itu masih suami) keluar dengan ‘skandal’ dia. Lepas itu dia tekan minyak kereta aku jatuh, sedih sangat,” kongsi @Risha.
“Teringat dekat diri sendiri pernah merayu dekat suami sendiri walaupun dia tak nak dah dekat saya disebabkan orang ketiga. Masih juga merayu,” luah @icelemontea.
Turut baca :
Leave a Reply