{VIDEO} “Tolong jangan buat fitnah…” Sangat tak adil buat kami, DBKL tak pernah bagi notis alih kenderaan

Pemilik kepada kenderaan saji atau foodtruck yang tular baru-baru ini selepas ditunda oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan pihaknya menerima sebarang notis sebelum kejadian berkenaan.

Berkongsi di ruangan komen yang memuat naik video insiden tersebut di media sosial, diniedayana berkata, pihaknya juga tidak pernah mendapat notis untuk mengalihkan kenderaan tersebut.

“Saya pemilik kedai. Dengan ini saya nak bagitahu yang DBKL tak pernah bagi kami apa-apa notis. Tolong jangan buat statement yang boleh mengundang fitnah.

“Dan ada yang mengatakan lori kami sudah kena angkut berkali-kali, sebenarnya tidak. Ini pertama kali dan pertama kali ini juga DBKL tak pernah beri apa-apa notis untuk suruh alihkan lori perniagaan ini.

{VIDEO} "Tolong jangan buat fitnah..." Sangat tak adil buat kami, DBKL tak pernah bagi notis alih kenderaan

“Dan apa yang dia buat pada kami ni sangat-sangat tak adil langsung sebenarnya,” katanya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di salah sebuah lokasi dekat Bandar Sri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*