“Tolong! Jangan nak buat semak…” Keluarga suspek bunuh Bella minta Caprice jangan menyibuk.
Episod kes pembunuhan kejam ibu tunggal dua anak Bella atau Mila Sharmilah Samsusah, 32, memasuki cerita baharu apabila ahli keluarga suspek dikatakan cuba menghalang penyanyi rap dan aktivis kemanusian, Caprice supaya tidak masuk campur dalam urusan kes Bella.
Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, telah membuat ulasan di Instagram miliknya berhubung dengan keganasan rumah tangga dan hubungan kasih sayang atau cinta sesama manusia.
Dalam ulasannya, Caprice memetik laporan Kosmo! Online berhubung berita bertajuk ‘bekas posmen dituduh bunuh Bella’ sejurus pertuduhan ke atas suspek iaitu teman lelaki kepada wanita malang itu dilakukan di Mahkamah Majistret Batu Pahat, semalam.
Caprice meminta individu yang mempunyai suami atau teman lelaki kaki pukul dan sebagainya supaya memutuskan hubungan agar perkara seperti menimpa Bella terjadi ke atas mereka.
Susulan itu, Caprice didakwa menerima DM (Direct Messager) melalui Instagramnya daripada seorang individu yang dipercayai ahli keluarga suspek kes bunuh terbabit.
Perkara itu dikongsikan kakak Bella, Norisham, 36, melalui hantarannya di laman sosial Facebooknya, malam tadi.
“Terima kasih untuk sokongan semua dalam urusan pengebumian Bella. Esok saya cerita semua perjalanan kami hari ni agak penat.
“Tapi tengah ‘free scroll2’ (melihat telefon) dapat chat (mesej) dari Caprice. Pada awal kehilangan Bella ramai ‘suggest‘ (cadang) untuk minta bantuan Caprice.. Saya ada nak chat (mesej) tapi asyik lupa je.
“Hari ini Caprice WhatsApp saya tanyakan siapa ini, siapa ya dia? belum apa-apa dia dah dm Caprice. Siapa sebenarnya mangsa ni? Siapa yang pergi tunjuk rangka tu? Jaga-jaga tau semua nanti kena saman, tolong siasat siapa dia ya, goyang ke dek,” tulis Norisham.
Semalam, suspek utama, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Batu Pahat namun tiada pengakuan direkodkan.
Mohammad Haikal yang juga merupakan bekas posmen disyaki membunuh Mila Sharmilah di tempat lain dan membuang mayatnya di tempat lain sebelum tulang atau rangka Bella ditemui di sebuah rumah terbiar di Jalan Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat, 19 Januari lalu.
Turut baca :
Leave a Reply