“Inilah jadi bila minum ‘air kencing syaitan…” Bapa tendang, pukul anak perempuan guna kerusi

“Inilah jadi bila minum ‘air kencing syaitan…” Bapa tendang, pukul anak perempuan guna kerusi.

Seorang lelaki diberkas selepas memukul dan menendang anak perempuannya sehingga mengalami kecederaan parah dalam kejadian di Kendong, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pelajar sekolah berusia 17 tahun dikejarkan ke Hospital Tampin selepas ditendang di bahagian perut selain dipukul menggunakan kerusi, bakul dan besi papan seterika.

Menurutnya, polis menerima panggilan telefon dari orang awam menyatakan rakannya telah dipukul bapa sendiri kira-kira pukul 12.15 tengah malam di kaunter aduan Balai Polis Kota.

“Polis segera ke lokasi dan menahan suspek berusia 47 tahun di hadapan rumahnya dalam keadaan mabuk. Mangsa pula telah di bawa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Remaja itu mengalami luka di bahagian kiri kepala dan telah menerima 12 jahitan selain luka serta leban di bahagian tangan dan bahu kanan. Mangsa akan di rujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk pemeriksaan lanjut pakar perubatan,” katanya di sini, hari ini.

Hazri berkata, polis sedang mengesan saksi kejadian yang juga teman wanita suspek.

Tambahnya, suspek mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah dan kini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*