{VIDEO} “Baru seminggu berpindah dah kena rompak…” Warga asing ‘tebuk atap’, larikan barangan berharga lebih RM17,000

“Baru seminggu berpindah dah kena rompak…” Warga asing ‘tebuk atap’, larikan barangan berharga lebih RM17,000.

Seorang lelaki dipercayai warga Rohingya dirakam merompak dan memecah masuk sebuah kediaman di Ampang Jaya, Gombak, Selangor pada Sabtu.

Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu menyaksikan individu berbaju hitam dan berseluar biru tersebut menceroboh masuk melalui bumbung sebelum menggeledah masuk ke dalam bilik untuk mencuri.

Tidak dibantu sesiapa, perbuatan itu dilakukan secara sendirian dan pelaku dilihat membawa telefon pintar bersamanya ketika kejadian.

Dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), beberapa barangan berharga seperti jam tangan, telefon pintar dan barang kemas difahamkan telah dilarikan individu berkenaan.

Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Shah, 33, dia dan keluarganya baru sahaja berpindah ke rumah tersebut pada seminggu yang lalu dan sangat bersedih atas insiden yang menimpa dirinya.

Jelasnya, dia mengalami kerugian hampir RM17,000 akibat daripada kecurian tersebut dan menggesa agar individu yang mengenali suspek tampil menyalurkan maklumat kepadanya.

“Saya baru sahaja seminggu berpindah ke sini dan dirompak, ramai kata suspek warga Rohingya kalau dilihat pada pemakaian dan susuk wajah dia nampak macam bukan orang tempatan.

“Barang kemas, wang tunai dan jam tangan antara yang dicuri, kos kerugian saya anggarkan lebih RM17,000 kesemuanya.

“Saya tahu barang yang hilang tak akan kembali tetapi sekurang-kurangnya pencuri itu dapat ditangkap supaya tak pecah masuk rumah orang lain pula lepas ini,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*