{VIDEO} “Ramai lagi perlukan kerja…” Tahi lembu bersepah, pihak berkuasa jangan tidur dan goyang kaki

“Ramai lagi perlukan kerja…” Tahi lembu bersepah, pihak berkuasa jangan tidur dan goyang kaki.

Penduduk di Taman Laman Firdaus dekat Kuala Krai, Kelantan merayu pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan menyelesaikan masalah lembu-lembu yang berkeliaran di kawasan tersebut.

Perkara tersebut diluahkan oleh Amirul Syazwan melalui laman Facebook Komuniti Kuala Krai baru-baru ini.

“Assalamualaikum, selamat pagi warga Kuala Krai, mohon Majlis Daerah Kuala Krai (MDK) mengambil tindakan pada lembu-lembu yang masuk taman komuniti Taman Laman Firdaus Kuala Krai ini.

“Berkemungkinan tidak bertuan, sekiranya bertuan, lama sudah kes ini. Lembu masuk berak merata-rata tempat dan mencemarkan kawasan, penuh dengan tahi.

“Dalam kawasan masjid sudah beberapa kali dibersihkan, penat seperti ini. Taman Laman Firdaus ini tercemar dengan tahi lembu. Mohon MDK ambil tindakkan,” luahnya.

Tambahnya lagi, penduduk di kawasan berkenaan terpaksa berhadapan dengan bau busuk terutamanya ketika hujan dan waktu malam pada setiap hari.

Menjengah ke ruangan komen, seorang lagi pengguna media sosial, Roy Cobra turut menggesa pihak MDKK membuat tindakkan segera.

“Mohon jasa baik MDKK ambik tindakan segera buat operasi,” tulisnya.

“Pihak berkuasa jangan tidur dan goyang kaki sahaja. Ambil tindakan pada lembu atau pemilik lembu ini,” kata Mohd Farmey.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*