“Jangan nak buat semak…” Orang bukan Islam perlu henti campuri hal orang Islam

“Jangan nak buat semak…” Orang bukan Islam perlu henti campuri hal orang Islam.

Persatuan India Muslim Perak (PRIM) menggesa bukan muslim untuk berhenti masuk campur dalam hal ehwal agama Islam di negara ini.

Pengerusinya, Mohamed Arib Aliah berkata, tindakan mencampuri urusan agama Islam oleh orang bukan Islam menyebabkan masyarakat berpecah belah.

Katanya, rakyat Malaysia perlu terus mengamalkan sikap toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain bagi memastikan perpaduan masyarakat terus utuh.

“Orang bukan Islam kalau mereka campur tangan saya rasa tak sesuai sebab urusan agama Islam orang Islam sahaja tahu. Mungkin ada sesetengah bukan Islam yang tahu dan membaca tentang Islam tapi sesetengah tidak tahu tapi buat-buat tahu.

“Kalau tak tahu tak perlu sentuh apa-apa tentang Islam kerana ia akan mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat dan menyebabkan ketegangan kaum. Saya minta kalau boleh kita bersatu padu, tak nak berpecah belah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena Program Dapur Rakyat Ambang Tahun Baharu di pekarangan Ariff Frozen Food, Taman Seri Tasek di sini pada Ahad.

Sementara itu mengenai Program Dapur Rakyat Ambang Tahun Baharu, Mohamed Arib berkata, ia dianjurkan oleh PRIM dengan kerjasama Ariff Frozen Food bagi membantu golongan memerlukan.

Turut baca :

Menurutnya, lebih 1,000 orang hadir berbaris lebih 500 meter untuk mendapatkan barang-barang keperluan seperti ikan, beras dan sayur secara percuma.

Hadir sama dalam program berkenaan, Pengarah Urusan Ariff Frozen Food, Fauziah Mohamed Arib.

Dalam pada itu, beberapa orang yang hadir ke program berkenaan menghargai usaha dilakukan oleh PRIM dan Ariff Frozen Food dalam membantu mereka yang memerlukan.

Bagi seorang pesara swasta, Mohamad Saperi Suki, 62, mengakui sumbangan barangan keperluan amat membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan terutama B40.

“Saya amat berterima kasih kepada Mohamad Arib yang sudi berkongsi rezeki dengan masyarakat. Barang-barang seperti ikan, sayur dan beras ini cukup membantu meringankan beban kerana harga barang makin mahal.

“Semoga usaha murni ini diberikan ganjaran oleh ALLAH dan dilimpahkan rezeki supaya boleh dikongsikan lagi dengan semua orang,” katanya.

Seorang lagi individu, Radzipah Sulaiman, 58, menjelaskan dia antara yang terawal beratur seawal jam 7.30 pagi bagi mendapatkan barang-barang keperluan yang diberi percuma itu.

Dia bersama anaknya turut beratur bersama kira-kira 1,000 orang rasa bersyukur kerana masih ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin menyumbang barangan keperluan kepada yang memerlukan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*