TERGAMAKNYA suami, sanggup melafazkan talak menceraikan isterinya ketika wanita itu sedang bertarung nyawa melawan kanser payudara.
Bukan cerita rekaan atau babak drama, ia adalah kisah benar yang berlaku di Terengganu yang diceritakan kepada wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Bekas pesakit kanser itu berkongsi kisah pahit diceraikan suami kerana kehilangan sebelah payudara selepas menjalani pembedahan bagi mengelak penyakit itu merebak tujuh tahun lalu.
Wanita berusia 54 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mimi berkata, keputusan membuang payudara itu diambil berdasarkan saranan doktor kerana ketika itu dia disahkan menghidap kanser tahap empat.
Bagaimanapun, keputusan yang diambil itu bertentangan dengan kehendak bekas suaminya yang mahukan dia menggunakan kaedah perubatan tradisional.
Turut baca :
- Mencuri semasa operasi di ‘Mini Dhaka’, tiga polis ditahan
- {VIDEO} You control sini ke? Bodyguard Datuk Malik ‘bikin’ kecoh bila SurPlus ‘langgar kawasan’
“Saya akur dengan nasihat doktor yang meminta saya menjalani pembedahan itu bagi mengelak sel kanser merebak. Tetapi, bekas suami ketika itu tidak mahu saya membuang payudara.
“Walaupun dia tidak benarkan, saya tetap teruskan juga pembedahan kerana bagi saya ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa lebih penting,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.
Mimi mendakwa, suaminya yang berang dengan tindakannya itu bertindak membuat tuntutan cerai selepas dia menjalani pembedahan tersebut.
“Sebelum lafaz cerai, dia pernah kata orang hidap kanser payudara macam saya ni hanya mampu hidup setahun sahaja.
“Saya kata, ajal, maut, jodoh itu semuanya atas ketentuan ALLAH SWT. Saya bersyukur, selepas tujuh tahun pembedahan saya masih bernafas seperti biasa,” katanya yang mendakwa turut menghidap beberapa penyakit lain termasuk kemurungan akibat tekanan emosi daripada bekas suaminya itu.
HAK SEORANG ISTERI
Wanita perlu mengetahui hak dirinya sebagai isteri. Para ulama menetapkan bahawa nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteriialah seperti:
Hak mendapat mahar
Mahar merupakan hak mutlak isteri yang tidak boleh diambil oleh suami sesuka hati melainkan dengan keredhaan dan keizinan isterinya. Seorang suami boleh berhutang mahar kepada isterinya dengan syarat ianya wajib dilunaskan kembali.
Nafkah zahir dan batin
Nafkah menurut istilah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang itu untuk membiayainya seperti:
Komunikasi yang baik
Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri juga haruslah berlaku adil terhadap suami. Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini
bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yang lembut dan mudah terguris hatinya
Hak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar
Isteri berhak menerima bimbingan daripada suami, tunjuk ajar dan nasihat dari sudut pendidikan agama, pergaulan baik sebelah isteri mahupun suami, dengan jiran tetangga, cara berpakaian, cara mengawal emosi dan sebagainya.
Suami juga berhak mengajar isteri cara mendidik anak dengan betul malah isteri dan anak-anak berhak mendapat contoh akhlak yang terpuji daripada ketua keluarga.
Hak untuk bekerja
Dalam konteks wanita bekerja, menurut Islam, hukum asal baginya adalah tidak perlu keluar untuk bekerja. Hal ini kerana nafkahnya akan ditanggung oleh suami bagi yang telah berumahtangga, manakala yang tidak berkahwin akan ditanggung oleh bapa atau wali.
Ia merupakan satu anugerah besar yang diberikan dalam Islam untuk kaum wanita yang mana mereka tidak perlu bersusah payah, bertungkus lumus mencari rezki untuk orang lain. Akan tetapi terdapat beberapa situasi yang membenarkan wanita untuk keluar bekerja, antaranya jika keadaan terdesak.
Hak bersuara
Di dalam institusi rumahtangga, suami isteri mempunyai hak untuk mengutarakan apa jua pendapat yang dapat membina. Hak isteri bersuara menyatakan haknya juga dibenarkan dalam Islam lebih-lebih lagi jikalau haknya tidak ditunaikan oleh suami.
Sekiranya isteri bersuara untuk mendapatkan haknya yang telah diingkari oleh suami, tidaklah wajar bagi suami mengatakan bahawa isterinya telah menderhaka sedangkan si isteri sedang memperjuangkan haknya yang telah diabaikan.
Akan tetapi dalam keadaan ini isteri haruslah pandai memainkan peranannya supaya apa yang akan disuarakannya itu dapat
disampaikan dengan cara yang bijak dan berhikmah.
Hak ke atas harta
Suami tiada hak ke atas harta isteri atau menggunakannya sesuka hati melainkan sesudah mendapat keizinan isteri dan isteri reda menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak, harta isteri itu adalah hak mutlak isteri.
Hak terhadap harta sepencarian
Harta sepencarian telah ditafsirkan oleh Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) sebagai harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.
Leave a Reply