Jangan mimpilah! Nak tiru JDT macam mana, padang latihan pun tiada – Azraai.
“Dalam tempoh lima tahun ke depan ini dan mungkin ambil masa lebih lama, saya tak nampak pasukan yang boleh lawan JDT. Bukan mahu menafikan pasukan lain tetapi itulah hakikatnya.
“Nak tiru JDT macam mana, padang latihan pun tiada. Nak bina skuad mantap fasaliti tak cukup. Masalah gaji masih berlaku. Barisan pengurusan bertukar-tukar.
“Kita lihat TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) ada misi dan wawasan. Itu yang patut kelab lain buat, takkan mahu tengok sahaja (perancangan dan kejayaan JDT),”
“Biasa disebut, kita jaga liga kita, tetapi ada pasukan tak jaga kebajikan pemain. Masih ada lagi pasukan yang berdepan kesukaran untuk baharui lesen kelab.
“Sampai bila kita mahu biar ia berlarutan, bagai tiada kesudahan,”
Periksa dan semak kelemahan pasukan. Kukuhkan hubungan dengan pihak penaja untuk membina kewangan yang baik, selain membina misi yang jelas buat kelab untuk bentuk pasukan yang mantap,”
Mohd Azraai Khor Abdullah {Jurulatih berpengalaman}
Leave a Reply