Feri Langkawi ke Kuala Kedah patah balik, rupanya ini berlaku

Feri membawa 472 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah terpaksa berpatah balik pada 4 petang semalam disebabkan ribut dan ombak tinggi.

Penolong Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Norhafiz Abdul Wahid, berkata pelayaran dari Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi pada 4 petang dan 7 malam  terpaksa dibatalkan.

“Konsortium Ferry Line Ventures menyediakan trip tambahan untuk pilihan kepada penumpang yang ingin menaiki trip ke Langkawi-Kuala Perlis pada 7.30 malam tadi,” katanya menurut Bernama dalam kenyataan.

Beliau berkata, pelayaran dari Kuala Kedah bagi 7 pagi esok juga dibatalkan akibat cuaca buruk kerana ketinggian ombak lebih kurang 3m boleh membahayakan aktiviti pelayaran feri serta bot kecil.

Beliau memohon maaf atas semua kesulitan dihadapi penumpang dan pertukaran tarikh serta masa perjalanan untuk hari berikutnya boleh dilakukan penumpang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*