{VIDEO} “Mama menangis lagi” Permaisuri doakan orang Sabah tidak sakit, tidak demam tunggu dalam hujan

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berasa terharu dengan sambutan luar biasa rakyat negeri Sabah ketika Kembara Kenali Borneo, semalam.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram Istana Negara, Raja Permaisuri Agong dilihat mengalirkan air mata dan berasa tersentuh hati dengan semangat rakyat yang sanggup menunggu di sepanjang jalan raya meskipun hujan lebat.

“Tengok ni, orang ramai masih menunggu baba dan mama walaupun hujan lebat. Walaupun dalam kereta basah kerana hujan, rakyat di luar lebih basah sebab hujan lebat.

“Mama menangis lagi hari ini. Tengoklah, dalam keadaan hujan lebat, masih ramai yang menunggu, semuanya basah,” titah baginda.

Menurut video sama, Raja Permaisuri Agong juga sempat menunjukkan bajunya yang separuh basah kerana membuka tingkap semasa bertegur sapa dengan rakyat Sabah.

“Saya menangis, rakyat juga menangis. Tapi rakyat masih di luar sana, menunggu dalam hujan lebat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*