Lelaki nekad culik baby bekas kekasih, masukkan dalam handbag & gantung pada motor. Akhirnya…

NEKAD menculik anak bekas teman wanita, seorang lelaki tergamak memasukkan baby ke dalam beg tangan serta menggantungnya pada motosikal.

Namun usahanya tidak kesampaian apabila dia ditahan pihak berkuasa.

Lelaki nekad culik baby bekas kekasih, masukkan dalam handbag & gantung pada motor

Difahamkan lelaki itu menculik bayi berusia dua hari tersebut dari sebuah hospital dengan niat mahu membesarkannya.

Menurut laporan The Thaiger, kejadian tersebut berlaku di wad hospital wilayah Nokhon Pathom, Thailand.

Menurut suspek, dia meninggalkan rumahnya pada jam 3 pagi pada 13 Ogos lalu dan pergi ke hospital secara rawak dengan harapan dapat mencari anak bekas teman wanitanya.

Setelah melihat bayi berkenaan, dia kemudian memutuskan untuk membawanya keluar dari hospital dan ingin membesarkannya.

Suspek juga menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat jahat sama sekali termasuk mendera kanak-kanak itu.

Berdasarkan keterangan suspek, lebam pada bahagian tangan bayi tersebut berkemungkinan kerana suspek memasukkan bayi berkenaan ke dalam beg tangan dan menggantungnya pada motosikal.

Menyesal dengan tindakannya, suspek berusia 40 tahun itu kemudian memohon maaf kepada ibu bapa bayi tersebut.

Susulan itu, pihak hospital akan terus menjaga bayi berkenaan sehingga keadaannya stabil manakala kes masih dalam siasatan.

Aduhai niatnya baik tapi perbuatan tersebut menyalahi undang-undang!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*